Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, May 25, 2009

Unit Beruniform SKUM

Tuesday, May 19, 2009

Sunday, May 17, 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah


Ucapan Guru Besar,Tn Hj Sahadan Awg Saman

Bacaan ikrar para guru diketuai oleh Cikgu Nujaimi

Cikgu Ariffin & Tn Hj Hifni (PK 1) menerima hadiah

Pn Hajah Sylvia (PK KO) menyampaikan hadiah.

Guru-guru di SKUM adalah yang terbaik,semakin hari semakin utuh kerjasama dan persefahaman kalangan warga guru termasuk warga kakitangan sokongan.Tiada perbezaan mahupun kasta,yang ada ialah kepekaan terhadap keperluan sesama teman sekerja dan rasa saling hormat menghormati sesama satu sama lain.Setiap tugasan yang diamanah akan ditunaikan sebaik mungkin secara bersama.Yang ringan sama dijinjing dan yang berat sama dijunjung.Yang pasti dan jelas, keadaan ini sebenarnya dimulai atau diterokai oleh kalangan pentadbir sekolah khususnya GB.Ini lebih ketara dan dibuktikan apabila sambutan hari Guru dijayakan dengan meriah dalam suasana muhibah dan persaudaraan kental,penuh dengan keriangan lalu meninggalkan kenangan manis yang dipahat padu dalam sanubari masing-masing.
"SELAMAT HARI GURU SEMUANYA"

Friday, May 8, 2009

Sukaneka Pasukan RELA Daerah Lawas




SKUM dipilih sebagai tapak untuk pelaksanaan program Sukaneka RELA Daerah Lawas.Syukur semasa program tersebut berlangsung cuaca agak baik dan sambutan masyarakat setempat amat menggalakkan.Pelbagai aktiviti dijalankan dengan kerjasama mantap oleh semua pihak. Masyarakat kampung juga mengambil peluang 'berdagang' yakni menjual minuman dan makanan termasuk hasil kampung.

Secara keseluruhannya program ini amat baik dari bagi menyuburkan perpaduan dikalangan masyarakat pelbagai kaum serta memenuhi aspirasi pihak kerajaan.SKUM senantiasa bersedia memberikan kerjasama padu kepada masyarakat atau mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta sebagai satu sumbangan pihak sekolah terhadap pembangunan komuniti dan negara. Makanya pada 9 Mei 2009 sekali lagi SKUM menjadi medan perkumpulan WI cawangan Ulu Merapok untuk mengadakan pelbagai aktiviti berkaitan.

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
gurukuBudi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang1979

Friday, May 1, 2009

Festival Kebudayaan & Kesenian Daerah Lawas




Momentum kecemerlangan dalam bidang kokurikulum diteruskan lagi apabila SKUM diistiharkan sebegai Naib Johan keseluruhan dan Johan kategori tarian etnik dalam Festival Kebudayaan & Kesenian peringkat bahagian Limbang baru-baru ini.Seramai 10 orang murid daripada 3 suku kaum utama di SKUM telah mewakili sekaligus mengharumkan nama sekolah kepersada daerah dan bahagian Limbang.Kalungan ucapan tahniah dan syabas buat guru pembimbing utama iaitu Pn Rohayu dan Pn Nooraini yang bertungkus lumus (berabis banar) mendidik para penari SKUM juga syabas buat guru-guru lain yang banyak membantu.

Hari ini dengan pelbagai kemenangan yang diperolehi dalam banyak kejohanan atau pertandingan yang disertai telah meletakkan nama SKUM sebaris dengan beberapa buah sekolah yang 'top' & 'glamour' di Lawas.

Sesungguhnya suasana sebegini telah merungkai dan memadamkan pelabelan SKUM sebagai sekolah yang 'daif' dahulunya lalu mendorong semangat kalangan guru untuk berusaha dengan lebih gigih demi mencapai matlamat khususnya dalam bidang akademik juga kokurikulum. Semoga segala kecemerlangan ini tidak melalaikan SKUM bahkan melonjakkan lagi pencapaian SKUM.

Thursday, April 23, 2009

Laporan Pertandingan Bola Baling MSSB di Miri




Adik Randy selaku wakil SKUM

Pasukan Bola Baling Bahagian Limbang menghantar 10 pemain lelaki dan 10 pemain perempuan bagi kejohanan kali ini yang diadakan di Miri.SKUM turut menghantar wakilnya untuk menyertai pertandingan Bola Baling antara bahagian bagi pemilihan wakil pemain negeri Sarawak.



Tahun ini bahagian Limbang hanya berupaya memenangi 1 perlawanan daripada 3 perlawanan yang dipertandingkan.Ertinya bahagian Limbang tidak sempat ke semi final,namun begitu pihak pengurusan pasukan serta barisan jurulatih sangat peka dengan segala kelemahan yang ada lalu beberapa keputusan bersama telah dicapai demi memastikan Bola Baling Bahagian Limbang cemerlang pada tahun depan.Keputusan pertandingan:



Johan L12 TKB = Bahagian Samarahan

Naib Johan L12 LTKB = Bahagian Miri


Johan P12 TKB = Bahagian Miri

Naib Johan P12 TKB = Bahagian Samarahan

Sunday, April 19, 2009

Hari Guru Tiba Lagi



"Guru Pembina Negara Bangsa"

Tuesday, April 14, 2009

Pengawas Sekolah Sesi 2009


Berdiri dari kanan:Cantiya,Vlorensia,Ayu,Syahidah,Asbella dan Stella.

Duduk dari kanan:Maxwell,Safwan,Felix,Syafie,Fauzan dan Andrias.

Inilah 'team' pengawas SKUM bagi sesi 2009.Meraka telah dipilih dan disaring daripada sejumlah pelajar yang dicalonkan sebagai pengawas.Syabas dan tahniah kepada anda semua. Semoga segala amanah dan tanggungjawab dapat ditunaikan dengan penuh dedikasi dan menepati neraca keadilan.

Persahabatan Takraw & Bola Jaring

Saturday, April 11, 2009

PM dan Menteri Pelajaran Baru

Tahniah dan syabas buat kepimpinan baru negara dan kepimpinan baru Kementerian Pelajaran Malaysia.Insyaallah kepimpinan baru akan meneruskan usaha ke arah memakmurkan dan mensejahterakan negara,bangsa dan agama.

Kita warga pendidik merasa teruja dengan perubahan khususnya pertukaran Menteri Pelajaran Malaysia daripada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Rakaman penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.Jasa dan bakti beliau tetap terpahat kukuh dalam sanubari kami.

Kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran Malaysia,kami warga SKUM mengalu-alu serta mengucapkan selamat datang untuk bersama berbakti membina modal insan tahap terbaik.

‘Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Monday, April 6, 2009

Perlawanan Persahabatan Bola Tampar 2009


Meriah dan ceria.Itulah kata-kata yang dapat diungkapkan apabila dua buah sekolah berjiran bertemu dan bersama-sama melakukan aktiviti akademik juga riadah.Tepat jam 2.30 pm sesi percambahan minda yang kami namakan sebagai 'Kolaborasi Antara Panitia' yang diselia oleh Guru Besar SKUM,PK KO dan C.Ariffin.Guru Besar SKM tidak dapat hadir kerana bermesyuarat di Lawas.

Setelah berjaya menghasilkan beberapa persetujuan dan 'MOU' antara panitia berkaitan agenda perjumpaan diteruskan pula dengan perlawanan persahabatan Bola Tampar. Ternyata pasukan lelaki SKUM dan SKM seimbang dari segi kebolehan dan kemahiran, tetapi pasukan wanita SKUM agak ketinggalan berbanding pasukan perempuan SKM. Nampaknya pasukan wanita SKUM perlu lebih rajin turun padang beriadhah.Program ini diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan ringan.SKUM yakin bahawa matlamat program ini telah dicapai dengan jayanya.

Bola Baling SKUM Cemerlang lagi


Menerima pingat emas drpd Guru Besar SKUM

Menunggu keputusan akhir perlawanan.SKUM cemerlang

Guru Besar & PK KO turun padang memberi sokongan

Pasukan Bola Baling SKUM 2009

Pertandingan sengit antara 7 buah sekolah bagi merebut kejuaraan Bola Baling Peringkat Daerah Lawas nampaknya menjadi milik SKUM sekali lagi.Mengulangi kejayaan manis seperti tahun-tahun terdahulu,SKUM menjadi 'gergasi' Bola Baling yang digeruni.Warga SKUM mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan cemerlang anda semua.Lalu apakah rahsia kejayaan pasukan Bola Baling SKUM?Mudah saja....."orang lain berlatih 2 kali,kita berlatih 10 kali". InsyaAllah kejayaan adalah milik kita.Keputusan pertandingan:
  1. Pasukan Bola Baling Perempuan = Johan
  2. Pasukan Bola Baling Lelaki = Naib Johan

Jamuan Unit Asrama SKUM




Unit asrama SKUM menganjurkan malam BBQ bagi meraikan murid asrama sesi 2009.Semoga dengan majlis sebegini akan memotivasi dan menarik minat murid untuk tinggal di asrama. Selain daripada itu unit asrama menyediakan pelbagai kemudahan untuk kebajikan murid asrama.

Rakaman terima kasih buat sekalian warga SKUM yang buat kesekian kalinya memberikan komitmen dan kerjasama padu bagi menjayakan majlis ini.

Monday, March 16, 2009

Pengiktirafan Untuk Guru

Potensi pelajar cemerlang dikesan guru

KOTA BHARU 14 Mac – Di sebalik kejayaan cemerlang Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, yang mendapat keputusan 20A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terdapat seorang guru yang bertanggungjawab menyelia pelajar tersebut sepenuhnya.

Guru Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Mohd. Razali Konok, memang mempunyai kelebihan apabila beliau mampu menghidu potensi setiap pelajar cemerlang.

Selain melonjakkan pencapaian Nik Nur Madihah dalam SPM 2008, beliau juga bertanggungjawab mendidik sehingga berjaya dua pelajar cemerlang SPM peringkat kebangsaan sebelum ini, Nur Hafilah Musa dan Siti Fatimah Mukhtar dari sekolah sama.

Nur Hafilah mencatatkan keputusan 10 1A pada SPM 1996 manakala Siti Fatimah mencatatkan 18A pada 2006.

Menurut Mohd. Razali, setiap pelajar yang dikesan berpotensi untuk berjaya dengan cemerlang akan diberi tumpuan dan digilap sebaik mungkin bagi menempuh peperiksaan tersebut.

Maklumat lanjut baca sini
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

Friday, March 13, 2009

Tahniah Adik Nik Nor Madihah 19A1 1A2

Sayu tapi bangga dengan adik Nor Madihah

Prestasi SPM membanggakan.

Oleh HELMI MOHD. FOADutusanputrajaya@utusan.com.my
NIK Nur Madihah yang memperoleh 19 1A dan 1 2A dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan bersama bapanya, Nik Mohd. Kamal Husin dan ibu, Mariani Omar.

PUTRAJAYA 12 Mac – Seramai 10,080 daripada 442,936 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 di seluruh negara berjaya memperoleh kelulusan 10 A atau lebih dalam mata pelajaran yang diambil.

Sebanyak 1,676 calon atau 0.43 peratus pula berjaya mendapat gred 1A dalam semua mata pelajaran yang diambil dengan seorang calon berjaya mencatat 16 1A, 15 1A (dua orang) dan 14 1A (enam orang).

Maklumat lanjut sila baca Utusan Malaysia.

Wednesday, March 11, 2009

Coretan Perlawanan Persahabatan Takraw & Bola Jaring

Warga SKUM bertandang ke SK Merapok untuk mengadakan perlawanan persahabatan Takraw & Bola Jaring.Perlawanan ini mendapat respon dan kerjasama yang sangat baik daripada kedua buah sekolah.Guru Besar SK merapok merakamkan ucapan terima kasih dan selamat datang sebelum acara dimulai.Manakala Guru Besar SKUM pula bersedia untuk menerima kunjungan balas warga SKM ke SKUM pada bila-bila masa khususnya selepas musim cuti sekolah pertengahan penggal pertama 2009.


Peluang dan ruang pertemuan ini bukan semata-mata untuk perlawanan persahabatan tetapi berfungsi sebagai medium untuk bertukar-tukar idea,pandangan serta mengeratkan tali silaturrahim.


Apabila perlawanan dilangsungkan,banyaklah insiden-insiden lucu dapat disaksikan.Masing-masing sebenarnya sudah lama tidak bermain Takraw dan Bola Jaring.Semuanya 'enjoy' dan puas hati.Keputusan perlawanan:
  • Bola Jaring: SKM menang bergaya ke atas SKUM (SKUM kena berlatih banyak-banyak yea)
  • Takraw: SKUM & SKM seri,sama-sama hebat.

Kepada semua yang terlibat menjayakan perlawanan persahabatan ini,kami ucapkan tahniah,syabas dan terima kasih.Jumpa lagi di SKUM untuk perlawanan yang lebih mencabar...

Tema Perayaan Hari Guru 2009

Tema hari guru yang dipilih untuk Perayaan Hari Guru 2009 ialah:

" Guru Pembina Negara Bangsa "

Hemat SKUM tema kali ini sekali lagi amat bertepatan dengan sumbangan & peranan para guru keseluruhannya sejak zaman berzaman.Generasi berganti generasi mengiktiraf peranan besar yang dimainkan oleh insan yang bernama guru.Hakikatnya keadaan yang ada hari ini meliputi semua aspek baik rohani mahupun fizikal ,boleh dikatakan ianya dicorak oleh 'pendidikan' yang dilaksanakan oleh guru.Bagaimana mungkin pembangunan rohani dan fizikal boleh berlangsung andai insan 'guru' tiada?


Namun kesemua pernyataan ini tidak pernah sekali-kali membuatkan kalangan guru mendabik dada kesombongan lalu hanyut bersama perubahan zaman.Kalangan guru tetap utuh melaksanakan amanah rakyat untuk mendidik anak bangsa ke mercu kecemerlangan insan yang mampu memberikan sumbangan buat ummah.


Jikalau diteropong melihat tema-tema hari guru menunjukkan hasrat,falsafah dan penghayatan insan yang bernama guru semata-mata untuk menzahirkan generasi yang bijak dan lebih besar sebagai insan yang memberikan manafaat untuk masyarakat,bangsa,negara, agama & dunia.


Tema-tema Hari Guru yang terdahulu:
  • 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
  • 2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
  • 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  • 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  • 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  • 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  • 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  • 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
  • 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  • 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  • 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  • 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  • 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
  • 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  • 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  • 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  • 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  • 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
  • 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
  • 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
  • 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  • 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  • 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  • 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
  • 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  • 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  • 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
  • 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
  • 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  • 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
  • 1975 Guru dan Pembangunan Negara
  • 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
  • 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
  • 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Mesyuarat PIBG 2009 & KWAMP


Wajah-wajah ceria warga guru SKUM....semua lawa & kacak


Ucapan YDP PIBG & Taklimat Guru Besar SKUM



Para Ibubapa memberikan kerjasama yang mantap.

Pada 10 Mac 2009 SKUM mengadakan mesyuarat PIBG serentak dengan pembahagian wang KWAMP kepada keluarga murid yang layak menerimanya.Kehadiran para ibubapa amat memuaskan dan keadaan ini memudahkan mesyuarat memutuskan beberapa perkara yang penting demi kebaikan sekolah,pelajar dan keluarga pelajar itu sendiri.

Guru Besar menggunakan peluang pertemuan ini untuk menyampaikan beberapa perkara penting antaranya:

  • Perancangan strategik SKUM bagi tahun 2009
  • Sasaran pencapaian UPSR 2009 yang memerlukan kerjasama padu ibubapa.
  • Prosedur permohonan & kelulusan wang KWAMP oleh pihak yang berkaitan
  • Peranan yang sepatutnya dimainkan oleh PIBG SKUM

YDP PIBG turut menasihatkan para ibubapa agar sentiasa berhubung dan membina hubungan yang mesra dengan warga guru.Ini bertujuan supaya sebarang masalah yang timbul atau salah faham yang mungkin ada boleh diselesaikan dengan cara yang betul.

Ucapan terima kasih dan tahniah kepada seluruh pimpinan PIBG dan semua yang terlibat menjayakan mesyuarat bagi tahun ini.Selesai sahaja mesyuarat,para guru menyampaikan wang bantuan KWAMP kepada para pelajar yang layak.Para ibubapa bersyukur dengan sejumlah wang yang diterima serta berazam untuk menggunakannya khusus kepada kesempurnaan pembelajaran anak-anak mereka.

Monday, March 9, 2009

Pengumuman Untuk Guru & Staff SKUM



Jemputan perlawanan Silaturrahim antara SKUM & SKM antara lain sebagai medium untuk bertukar-tukar idea dan pandangan di dalam pelbagi isu.TQ for all.

Tarikh:11 Mac 2009
Jam :2.30 pm
Hari :Rabu
Game :Bola Tampar (Lelaki)
:Bola Jaring (Perempuan)

Saturday, March 7, 2009

Rombongan Guru SKUM Ke Kota kinabalu





Misi ke Kota Kinabalu berjaya disempurnakan sebagaimana yang telah dirancang.TQ Allah. Apakah misi para guru SKUM kali ini?........Tentulah tidak lain tidak bukan adalah untuk mencari dan menilai buku-buku yang sesuai dengan tahap serta kebolehan para pelajar kami.Untuk pengetahuan semua bahawa pembelian buku aktiviti ini adalah ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Sarawak dibawah peruntukan pembelian bahan alat tulis.SKUM sangat bertuah.


Yayasan Sarawak memilih SKUM untuk melaksanakan kelas tambahan yang dikenali sebagai HIPERS yang bertujuan untuk memperkasakan murid yang berpotensi.Kelas ini melibatkan murid tahap 2 dilaksanakan pada sebelah malam pada tiap-tiap malam.Alhamdulillah berkat usahasama ini pada tahun lepas UPSR SKUM cemerlang.


Perjalanan ke KK dimulai tepat jam 7.30 a.m.Misi ini melibatkan 8 orang guru HIPERS.4 lelaki dan 4 perempuan.Tapi jangan salah sangka pulak........ sebab misi ini disertai juga 2 pasangan suami isteri,bukan semuanya bujang.Di KK kami jumpa lagi dengan GB,PK1 dan PK II.Apa lagi... kami pun dapat minum free lah.TQ PK I.


Banyaklah insiden-insiden yang lucu apabila kami beramai-ramai ke KK.Rasanya banyak ketawa daripada bercakap sebab kita ada ramai "Raja Lawak".Nanti lain kali kami merancang untuk bersama lagi dalam misi yang berlainan.Bagus juga kalau kita semua warga SKUM dapat menganjurkan Hari Keluarga di KK suatu masa nanti.


Misi ini kami tamatkan jam 10.30 pm.TQ Allah sebab kami selamat pergi & selamat pula sampai. Jumpa lagi dalam misi yang akan datang.

Friday, March 6, 2009

Laporan Kolaborasi Panitia Sains Sem.1/2009





Panitia Sains SKUM bertandang ke SK Merapok untuk mengadakan kolaborasi atau perbincangan yang merangkumi perkongsian rancangan aktiviti tahunan panitia,bertukar-tukar idea & pengalaman.Antara hasil kolaborasi ialah:
  • Pelaksanaan aktiviti kuiz Sains melibatkan murid tahap 2 antara SKUM & SK Merapok.
  • Penggiliran pusat aktiviti panitia Sains antara 2 buah sekolah.
  • Perkongsian aktiviti tahunan panitia Sains.
  • Peningkatan hubungan @ komunikasi antara 2 buah sekolah yang berjiran.

Rakaman ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Laporan Perlawanan Bola Baling Persahabatan


Sempat lagi membuat gol 'mee segera'......Prof & C.Nujaimi

Boss serius memerhati....PK KO berehat kejap....Cikgu 2 Norlaili/ly

Syukur kerana perancangan untuk menganjurkan perlawanan persahabatan dengan SK Merapok dapat dilaksanakan mengikut perbincangan awal dengan teman guru di SK Merapok.Ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir SKUM khususnya GB & PK KO yang menyediakan ruang bagi penganjuran perlawanan persahabatan ini bahkan kehadiran mereka berdua menyaksikan perlawanan tersebut memberikan semangat kepada para pemain Bola Baling SKUM.Tidak lupa kepada teman guru SKUM juga PPM Melanie yang turut serta.


Matlamat utama perlawanan ini adalah sebagai pendedahan awal pemain bola baling kedua-dua buah sekolah terhadap perlawanan sebenar disamping sebagai latihan bersama.Memperbaiki dimana terdapat kelemahan agar para pemain tampil sebagai pasukan yang digeruni diperingkat daerah.Rakaman tahniah dan syabas kepada pasukan bola baling lelaki dan perempuan yang berjaya menewaskan pasukan lawan,namun usaha memantapkan permainan terus dikekalkan. Akhirnya ucapan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat.