Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, February 27, 2009

Action Song Tempat Ke-3





Tahniah & Syabas kepada pasukan Action Song SKUM kerana berjaya mendapat tempat ke-3 dalam Karnival Bahasa peringkat Daerah Lawas pada 26 Februari yang lalu.Yakin dan tekun menjalani latihan tanpa kenal erti penat lelah ditambah lagi dengan kerjasama ramai kalangan teman guru khususnya guru pengiring iaitu Pn Rohayu & Pn Nooraini dipadukan lagi dengan perhatian khas daripada Pn Hjh Sylvia selaku PK Kokurikulum telah mencatatkan kenangan manis buat SKUM.Tahniah sekali lagi.

Manakala peserta bercerita iaitu adik Cantiya dan adik Norfaezah walaupun tidak mendapat tempat namun tetap memberikan saingan yang sengit kepada peserta yang lain.Semangat tidak berputus asa begini amat membanggakan SKUM.Maka syabas dan tahniah juga wajar diungkapkan buat guru latih iaitu Pn Sharifah dan Cik Norlaili.

Tuesday, February 10, 2009

Welcome To Our Big Family

SKUM ingin merakamkan ucapan Selamat Datang kepada guru-guru baru baik yang baru berpindah ke SKUM mahupun yang baru tamat pengajian di IPT.Kehadiran kalian amat dinanti-nantikan untuk bersama-sama mengemudi bahtera SKUM ke mercu kejayaan bagi tahun-tahun yang mendatang.SKUM amat yakin dengan pertambahan guru-guru baru ini akan menyemarakkan lagi usaha-usaha memperkasakan SKUM.Senarai guru baru adalah seperti berikut:

*Pn Hjh Sylvia Sulaiman ( PK KO )
*Pn Masnah Zulkifli
*Cik Norlaily Abd Hamid
*Cik Nor laili Ahmad
*Ust Che Mazlan Che Kob


Sunday, February 8, 2009

Warga SKUM 2009

Wednesday, February 4, 2009

Banjir lagi....Seronok & Jemu

Sesi persekolahan 2009 dihiasai lagi dengan banjir.Hari ini 4 Februari sudah 4 kali sekolah kami ditenggelami banjir.Syukur ianya tidak lah sampai keringkat yang bahaya dan mengancam keselamatan para pelajar.Seperti yang sepatutnya apabila banjir maka langkah berjaga-jaga dilaksanakan oleh sekalian warga SKUM.Banjir yang mendatang sudah lali bagi kami.Ada ketikanya seronok dan ada ketikanya jemu dek kerana letih melakukan operasi pembersihan yang memakan bukan sedikit komitmen kami.

Sunday, February 1, 2009

Kllinik Kecemerlangan UPSR 2008

Pihak sekolah mengambil inisiatif yang pelbagai untuk memastikan kecemerlangan para pelajar di SKUM.Disamping kelas SBT dan kelas HIPERS (tajaan Yayasan sarawak) juga bimbingan berbentuk individu diadakan pula satu program khas untuk membantu pelajar memahami dan membugarkan semangat kecemerlangan melalui program Klinik Kecemerlangan UPSR 2008.Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Yayasan Sarawak atas tajaan program sehingga mencapai matlamatnya.Juga kalungan pengahargaan buat para penceramah jemputan yang telah menitipkan pelbagai kaedah,teknik dabn tips untuk berjaya dalam peperiksaan UPSR.

Hasil adunan program-program yang saling melengakapi antara satu sama lain dengan tidak menafikan kerja berpasukan antara para guru,maka keputusan UPSR SKUM pada tahun tersebut telah meningkat pada tahap yang amat membanggakan.Boleh dikatakan ianya menjadi sejarah yang terukir buat pertama kalinya.Pastilah ungkapan tahniah dan syabas wajar dititipkan kepada pihak pentadbir dan kepada semua guru.