Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, January 31, 2009

Salam Perpisahan Untuk Cikgu Seruji

Cikgu Awang Seruji Awg Damit memulakan perkhidmatan di SKUM pada tahun 4.12.2001 setelah meninggalkan PPDK sebagai Pegawai Penyelaras PKG Lawas.Beliau menjawat jawatan sebagai GPK Kokurikulum dan mengetuai operasi Pusat Sumber Sekolah.Segala pengalaman beliau sebagai Pegawai Penyelaras PKG Lawas telah digunakan dengan sebaik mungkin sehingga pusat sumber SKUM telah berubah secara drastik dalam pelbagai aspek.Tidak ketinggalan 'buah tangan' beliau terhadap lanskap sekolah turut menjadi sejarah yang akan dikenang.Beliau merupakan seorang yang sangat mesra dan peramah walau dengan sesiapa sahaja dan sifat inilah yang akan dirindui oleh warga SKUM.Semoga Cikgu Awg Seruji akan bahagia dan cemerlang ditempat bertugas yang baru sebagai Guru Besar SK Kerangan Lawas.Syabas dan tahniah.


Friday, January 30, 2009

Sambutan hari guru 2008

Majlis dimulai dengan perhimpunan semua warga SKUM.Guru Besar menyampaikan amanat Ketua Pengarah Pelajaran seterusnya amanat daripada beliau sendiri.Aktiviti-aktiviti khas hari guru seperti membaca ikrar,menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu Guru Malaysia dikumandangkan.Para guru turut saling mengucapkan selamat hari guru disamping bertukar-tukar hadiah.Ada antara murid yang mengambil peluang untuk menyampaikan hadiah kepada para guru.Majlis diakhiri dengan acara memotong kek Hari Guru.