Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, December 16, 2008

Festival Nasyid & MTQ Daerah Lawas

Kontinjen MTQ SKUM turun dengan membawa cabaran untuk bersaing dengan pasukan sekolah lain yang masing-masing mempunyai kelebihan dan kekuatan yang tersendiri. Persaingan adalah perkara lumrah dalam kehidupan.Kita bersaing secara positif.Menang bukanlah target utama tetapi kita ingin menghayati matlamat dan tujuan diadakan MTQ.Itu adalah jauh lebih hebat dan lebih besar.Alangkah malangnya jikalau kita turun bertanding dengan betul-betul bermatlamatkan untuk menang lalu kita mengabaikan norma-norma ,prinsip -prinsip dan nilai-nilai agama semata-mata untuk menang.

Menang adalah satu bonus manakala tidak menang adalah satu peluang untuk bermuhasabah menilai kelemahan disamping mengintai ruang untuk menggapai kejayaan.Lalu kejayaan yang hakiki ialah kejayaan berusaha sedaya upaya dengan tidak memingirkan prinsip beragama dan berserah hanya kepada Yang Maha Kuasa.

Monday, November 10, 2008

Salam Perpisahan Buat Cikgu Chung

Cikgu Chung memulakan tugas sebagai Guru Bahasa Inggeris di SKUM pada 02.01.2006. Kehadiran beliau diterima dengan penuh rasa syukur bagi melancarkan lagi lonjakan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar.Cikgu Chung terkenal sebagai seorang yang tegas semasa P&P namun para pelajar tetap senang menerima cara dan pendekatan beliau semasa P&P.Hasilnya mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam setiap ujian bulanan meningkat lebih-lebih lagi dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini.Beliau juga mudah berkawan dan cepat mesra dengan sesiapa sahaja walaupun daripada bangsa berlainan. Sepanjang perkhidmatan beliau disini banyaklah jasa-jasa yang telah ditaburkan dan ianya tetap terpahat kukuh dalam setiap sanubari warga SKUM.Perpindahan Cikgu Chung diiringi dengan doa agar beliau bertambah bahagia dan Qong Xi Fa Chai pada tahun Lembu ini.


Friday, November 7, 2008

Sambutan Maulidur Rasul 1429

SKUM telah menghantar satu skuad perarakan sempena Maulid Nabi dibawah penyeliaan Cikgu Seruji dengan kerjasama PIBG dan AJK Masjid Al Qaimah Kg Sesa.Alhamdulillah berkat kesungguhan semua pihak skuad SKUM telah mendapat tempat ke dua dalam pertandingan sepanduk.Sedikit sebanyak ianya mengulangi kejayaan SKUm pada tahun lepas.


Thursday, November 6, 2008

Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah 2008



Tarikh:14 November 2008

Hari :Khamis

Tempat:Dewan SK Ulu Merapok

Inilah saat yang ditunggu-tunggu oleh warga SK Ulu Merapok.Hari dimana semua pelajar cemerlang akan diberikan pengiktirafan atas kecemerlangan mereka menuntut ilmu sepanjang tahun.Tiadalah saat yang bermakna bagi seorang ibu atau bapa untuk melihat anak-anak mereka menerima hadiah kerna kecemerlangan mereka.Sejuk perut ibu yang mengandung.

Pihak sekolah setiap tahun menyediakan bajet yang besar khusus untuk menjayakan hari tersebut.Komitmen sebegini sangatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Tahniah dan syabas kepada yang berjaya.Yang belum berjaya teruskan usaha menuju gerbang kejayaan pada tahun yang mendatang.

Keputusan Perpindahan Antara Bahagian & Negeri

Makluman ..........!!


Kepada guru yang memohon perpindahan untuk 2009,sila semak keputusan perpindahan dalam laman web KPM bermula 7 NOV 2008.Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anda.

Keputusan Permohonan PGSR NOV/2008



Makluman.........!!

Kepada guru-guru yang memohon PGSR baru-baru ini,bolehlah menyemak keputusan permohonan anda dalam website KPM.Semoga guru-guru yang berkaitan berjaya dan kepada yang belum berjaya janganlah berputus asa.Kami warga sekolah senantiasa mendoakan kejayaan anda.
...Webmaster...

Festival Pemilihan Bola Baling Peringkat Sekolah


Hari Jumaat bersamaan 6 November 2008,secara rasminya diadakan Festival Pemilihan Bola Baling Peringkat Sekolah.Sebanyak 7 pasukan puteri dan 6 pasukan putera berentap dengan penuh semangat kesukanan untuk merebut piala Guru Besar serta hadiah iringan yang disediakan.Setiap pasukan terdiri daripada 6 orang yang merangkumi murid tahun 4,5 dan6.3 hari sebelum itu pertandingan mengikut sistem liga dilangsungkan untuk memilih pasukan ke separuh akhir dan akhir.

Tepat jam 7.20 am pertandingan dimulakan dalam keadaan cuaca yang baik.Perlawanan separuh akhir dan akhir sangat sengit.Masing-masing bermain dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan pasukan mereka menang.Nampak jelas bakat-bakat hebat yang dimiliki oleh sebahagian daripada mereka walaupun sekolah ini berada dipedalaman.Untuk rekod sejak 4 tahun yang lalu SK Ulu Merapok sentiasa merangkul kedudukan 3 teratas baik pasukan lelaki mahupun perempuan. kecemerlangan dan budaya ini akan terus disuburkan untuk masa-masa yang mendatang.


Cikgu Ariffin memeriahkan suasana apabila beliau tampil menjadi pengulas sukan yang mirip dengan Hj Hasbullah Awang.Gamat dan riuh rendah jadinya.Keputusan pertandingan akan diumumkan pada minggu yang berikut serentak dengan majlis penyampaian hadiah.

Para guru dan staff pula kemudiannya dijemput untuk bermain bola tampar sebagai selingan dan hiburan para murid.Banyaklah gelagat yang lucu dan menggelikan hati dapat ditonton oleh murid.Ini menambahkan lagi suasana ceria warga SK Ulu Merapok.Festival ini diakhiri dengan jamuan ringan untuk para guru dan staff manakala para murid pula menikmati jamuan di asrama.

Website Ke-2 SKUM



Syukur kepadaNya dengan pelancaran website ke-2 SKUM menggunakan blogspot.Website pertama menggunakan zoom-a tidak dapat diigunakan seoptimanya dek kekangan pengetahuan.Insyaallah webmaster dengan sokongan seluruh warga SKUM akan memastikan website ini meriah dengan pelbagai bahan yang bermanafaat untuk semua.

Hari ini tidak dapat dinafikan lagi akan kepentingan ICT kepada semua lapisan apatah lagi kepada barisan guru yang menjadi 'role model' kepada para pelajar.Mahu atau tidak guru mesti memiliki kemahiran ICT dan sentiasa mengemaskini pengetahuan tersebut dari masa ke semasa kerana dunia ICT begitu cepat dan pesat berubah.

Dengan kewujudan Pusat Akses Sekolah (PAS) diharapkan semua warga sekolah dapat memanafaatkan pusat tersebut dengan optimum untuk menyuburkan budaya ICT dikalangan warga sekolah.Terima kasih kepada warga pentadbir di atas sokongan yang padu terhadap dunia ICT.