Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, November 27, 2010

Salam Perpisahan SKUM

SKUM merakamkan penghargaan dan tahniah kepada pelajar Tahun 2012 kerana telah berjaya menamatkan zaman persekolahan  selama enam tahun di SKUM.Dengan perpisahan ini,bermakna kalian akan menempuh alam remaja yang lebih mencabar.Tahniah! Tahniah semuanya.... lulus atau gagal cuma penanda aras.Anda telah berjaya mengharungi alam sekolah rendah..... anda gagal bukan bererti gagal selamanya....... kegagalan merupakan suatu pengalaman yg berharga untuk anda terus maju ke hadapan......yang penting hidup mesti diteruskan.......

Sunday, May 30, 2010

Hari Guru 2010


GB memotong kek Hari Guru sebagai tanda merasmikan majlis sambutan Hari Guru 2010


Antara persembahan menarik pada Hari Guru 2010 ialah Dikir Barat oleh gabungan pelajar Kedayan,Tagal dan Lun Bawang.Calinya bila mereka berbahasa Kelantan.


Ikrar Hari Guru diketuai oleh Cikgu Siflin

Ucapan aluan oleh Guru Besar,Tn Hj Sahadan Awg Saman sempena sambutan Hari Guru 2010 yang sederhana tapi meriah.

Monday, March 22, 2010

Berita Guru dan Staff


Cikgu Maznah Zulkifly berpindah semula dari Kuala Lumpur  ke SKUM bermula januari 20121.
En Sahrin  berpindah ke  kawasan Dalat; Syabas kerana isteri beliau bertugas di kawasan tersebut.
Jasa beliau amat kami hargai.Semoga terus berjaya dan bahagia selalu hendaknya. Kenang kami dalam doa kalian.

En.Ayuradimen telah berpindah ke SK LG. SUKANG kerana perkhidmatan beliau lebih diperluklan disekoah tersebut.Tahniah dan teruskan khidmat cemerlang anda.


Sejarah Tercipta Memacu Kecemerlangan SKUM



Adik Mohd Fauzan & Adik Ayu Syazwani menjadi wira dan serikandi SKUM.Nama dan jasa dua orang pelajar ini akan terpahat kukuh dalam sejarah penubuhan SKUM ekoran kecemerlangan mereka dalam UPSR (5A) sekaligus mengharumkan nama SKUM ke persada kejayaan.Semua warga SKUM amat bangga dengan kalian berdua.Bersyukurlah kerana kalian berdua cemerlang bukan hanya akademik bahkan akhlak dan kokurikulum.Semua orang senang sekali untuk berkawan dengan kalian berdua.Kalian membuktikan bahawa walaupun hanya bersekolah disekolah yang biasa,yang digelar sekolah ulu namun masih semua ini tidak menjadi halangan untuk kalian melakukan yang luar biasa.Doa kami agar kalian berdua akan terus 'maintain' dan belajar bersungguh-sungguh untuk membela umat ini dan berjaya dunia akhirat.Selamat Berusaha dan Selamat Berjaya.

Tuesday, March 16, 2010

Hari Uniform



Mulai tahun 2010 SKUM mengarahkan para pelajar agar memakai pakaian mengikut unit uniform masing-masing pada setiap hari Rabu.Satu pembaharuan yang tampak bagus walaupun sekolah-sekolah lain lebih awal melaksanakannya.Murid-murid kelihatan segan dan gagap dengan suasana baru ini namun diyakini ianya akan normal setelah beberapa lama masa berlalu.TQ pada PK koko yang bertungkus lumus merealisasikan pemakaian unit uniform di SKUM.

Bola Jaring & Bola Sepak


Jurulatih & para pemain bola jaring senyum habis setelah berjaya merangkul juara pertandingan bola jaring sekaligus menjadi wakil daerah Lawas ke pertandingan peringkat bahagian Limbang.

Wajah-wajah manis serikandi SKUM 2010 bergambar kenangan dengan pingat emas masing-masing.Syabas & tahniah.

Pada tarikh yang sama berlangsung pertandingan bola sepak peringkat daerah,namun pasukan SKUM nampaknya kurang berjaya,sekadar memberikan saingan yang sengit sahaja.Walau apa pun usaha kalian amat dihargai.Moga tahun depan kita akan kembali menjadi jagoan.


Selamat Pengatin Baru Mac 2010



Tahniah Cikgu Siflin yang akan mengakhiri zaman bujangnya dengan seorang guru dari Mukah,Sarawak pada cuti bulan 3.Terimalah cenderahati ikhlas daripada kami semua.Moga bahagia dan beroleh redha Allah sentiasa dan err....jangan lupa untuk datang sekolah lagi yea cikgu....

Monday, March 8, 2010

Panorama SKUM 2012



Tanam serai dekat paya
Disusun cantik menarik minat
Kecintaan kepada SKUM tiada taranya
Jasa mu dikenang sepanjang hayat.

Sukan & Permainan


Latihan Bola Baling diatur sekerap mungkin kerana jurulatihnya berpegang pada prinsip:
"Orang lain berlatih 2 kali,kita berlatih 10 kali,ADA PELUANG BESAR UNTUK MENANG"


Latihan bola sepak menekankan aspek teknik dan tektikal sesuai dengan jurulatihnya yang sangat berpengalaman dalam permainan bola sepak.

Pemenang pingat sukan peringkat daerah Lawas.SKUM berupaya memperbaiki kedudukan dalam ranking keseluruhan pasukan-pasukan yang bertanding.Dulu ranking ke 13,tahun 2010 ranking ke 10.Handal.Syabas kepada semua atlit dan para jurulatih yang diketuai oleh Cikgu Nujaimi.

Futsal Guru Wanita





Barisan guru wanita tidak mahu kalah.Futsal pulak mereka kerjakan,bola pun jadi 'confius' sebab asyik out saja sehinggakan pengadil pun naik lenguh asyik tiup wisel.Apapun futsal hari tu amat gempak hasil sepakan-sepakan 'merbahaya' ditambah dengan gelak ketawa yang mengiringi sepanjang permainan.Keputusan permainan adalah masing-masing gembira.Atu ngan nyak.....

Riadah Guru & Murid





Ber'poco-poco' dengan penuh ceria dan gembira.Diselit dengan ketawa dan usikan yang memecah suasana keheningan petang.Guru dan murid bersatu dalam kemeriahan beriadhah bersama-sama.
"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

Riadah Guru SKUM





Sekali sekala guru-guru SKUM beriadah amat meriah.Mengerat dan mengukuhkan lagi hubungan antara satu sama lain.Umumnya riadah amat perlu dan dititikberatkan oleh kerajaan demi melahirkan warganegara yang sihat.Akhirnya minda pun cerdas.

Saturday, March 6, 2010

Asrama SKUM



Bilik asrama semakin terjaga dan sentiasa di'update' agar kebajikan para penghuninya terpelihara.

Tandas turut diberikan sentuhan agar ianya lebih ceria.

Khidmat memotong rambut disediakan agar para penghuni asrama tampil kemas.Tukang guntingnya memang handal lagi terlatih.

Dewan makan berubah wajah dengan pelbagai hiasan disamping kebersihannya.

Wednesday, March 3, 2010

Konvokesyen 2009



Majlis Konvokesyen & penyampaian hadiah diadakan dengan gilang gemilang.Para guru dan murid ceria dan gembira.Majlis ini ibarat majlis kemuncak kepada proses pembelajaran yang berjalan selama setahun.Inilah majlis pengiktirafan kepada yang telah bertungkus lumus menimba ilmu pengetahuan dan penat lelah mereka terbayar walaupun sekadar sekelumit cenderahati.Ianya sudah mampu membanggakan para ibubapa dan para pelajar itu sendiri. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.




Sambutan Maulid Nabi saw


Tarikh:18 Feb 2010
Tempat:Masjid Al Qaimah Kg Sesa
Kumpulan Sasar:Para pelajar Muslim
:Ibubapa & Masyarakat Setempat



Program ini adalah hasil kerjasama SKUM,AJK masjid & JAIS Lawas.Dimulai dengan Solat Asar berjemaah sehabis kelas KAFA di SKUM.Diteruskan dengan gotong royong para pelajar membersihkan masjid.Malamnya ceramah maulid oleh Ust Mohd Khairul Nizam daripada SK Merapok.Kehadiran ibubapa & masyarakat amat membanggakan. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan.Rakaman ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.