Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, April 23, 2009

Laporan Pertandingan Bola Baling MSSB di Miri




Adik Randy selaku wakil SKUM

Pasukan Bola Baling Bahagian Limbang menghantar 10 pemain lelaki dan 10 pemain perempuan bagi kejohanan kali ini yang diadakan di Miri.SKUM turut menghantar wakilnya untuk menyertai pertandingan Bola Baling antara bahagian bagi pemilihan wakil pemain negeri Sarawak.



Tahun ini bahagian Limbang hanya berupaya memenangi 1 perlawanan daripada 3 perlawanan yang dipertandingkan.Ertinya bahagian Limbang tidak sempat ke semi final,namun begitu pihak pengurusan pasukan serta barisan jurulatih sangat peka dengan segala kelemahan yang ada lalu beberapa keputusan bersama telah dicapai demi memastikan Bola Baling Bahagian Limbang cemerlang pada tahun depan.Keputusan pertandingan:



Johan L12 TKB = Bahagian Samarahan

Naib Johan L12 LTKB = Bahagian Miri


Johan P12 TKB = Bahagian Miri

Naib Johan P12 TKB = Bahagian Samarahan

Sunday, April 19, 2009

Hari Guru Tiba Lagi



"Guru Pembina Negara Bangsa"

Tuesday, April 14, 2009

Pengawas Sekolah Sesi 2009


Berdiri dari kanan:Cantiya,Vlorensia,Ayu,Syahidah,Asbella dan Stella.

Duduk dari kanan:Maxwell,Safwan,Felix,Syafie,Fauzan dan Andrias.

Inilah 'team' pengawas SKUM bagi sesi 2009.Meraka telah dipilih dan disaring daripada sejumlah pelajar yang dicalonkan sebagai pengawas.Syabas dan tahniah kepada anda semua. Semoga segala amanah dan tanggungjawab dapat ditunaikan dengan penuh dedikasi dan menepati neraca keadilan.

Persahabatan Takraw & Bola Jaring

Saturday, April 11, 2009

PM dan Menteri Pelajaran Baru

Tahniah dan syabas buat kepimpinan baru negara dan kepimpinan baru Kementerian Pelajaran Malaysia.Insyaallah kepimpinan baru akan meneruskan usaha ke arah memakmurkan dan mensejahterakan negara,bangsa dan agama.

Kita warga pendidik merasa teruja dengan perubahan khususnya pertukaran Menteri Pelajaran Malaysia daripada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Rakaman penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.Jasa dan bakti beliau tetap terpahat kukuh dalam sanubari kami.

Kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran Malaysia,kami warga SKUM mengalu-alu serta mengucapkan selamat datang untuk bersama berbakti membina modal insan tahap terbaik.

‘Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Monday, April 6, 2009

Perlawanan Persahabatan Bola Tampar 2009


Meriah dan ceria.Itulah kata-kata yang dapat diungkapkan apabila dua buah sekolah berjiran bertemu dan bersama-sama melakukan aktiviti akademik juga riadah.Tepat jam 2.30 pm sesi percambahan minda yang kami namakan sebagai 'Kolaborasi Antara Panitia' yang diselia oleh Guru Besar SKUM,PK KO dan C.Ariffin.Guru Besar SKM tidak dapat hadir kerana bermesyuarat di Lawas.

Setelah berjaya menghasilkan beberapa persetujuan dan 'MOU' antara panitia berkaitan agenda perjumpaan diteruskan pula dengan perlawanan persahabatan Bola Tampar. Ternyata pasukan lelaki SKUM dan SKM seimbang dari segi kebolehan dan kemahiran, tetapi pasukan wanita SKUM agak ketinggalan berbanding pasukan perempuan SKM. Nampaknya pasukan wanita SKUM perlu lebih rajin turun padang beriadhah.Program ini diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan ringan.SKUM yakin bahawa matlamat program ini telah dicapai dengan jayanya.

Bola Baling SKUM Cemerlang lagi


Menerima pingat emas drpd Guru Besar SKUM

Menunggu keputusan akhir perlawanan.SKUM cemerlang

Guru Besar & PK KO turun padang memberi sokongan

Pasukan Bola Baling SKUM 2009

Pertandingan sengit antara 7 buah sekolah bagi merebut kejuaraan Bola Baling Peringkat Daerah Lawas nampaknya menjadi milik SKUM sekali lagi.Mengulangi kejayaan manis seperti tahun-tahun terdahulu,SKUM menjadi 'gergasi' Bola Baling yang digeruni.Warga SKUM mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan cemerlang anda semua.Lalu apakah rahsia kejayaan pasukan Bola Baling SKUM?Mudah saja....."orang lain berlatih 2 kali,kita berlatih 10 kali". InsyaAllah kejayaan adalah milik kita.Keputusan pertandingan:
  1. Pasukan Bola Baling Perempuan = Johan
  2. Pasukan Bola Baling Lelaki = Naib Johan

Jamuan Unit Asrama SKUM




Unit asrama SKUM menganjurkan malam BBQ bagi meraikan murid asrama sesi 2009.Semoga dengan majlis sebegini akan memotivasi dan menarik minat murid untuk tinggal di asrama. Selain daripada itu unit asrama menyediakan pelbagai kemudahan untuk kebajikan murid asrama.

Rakaman terima kasih buat sekalian warga SKUM yang buat kesekian kalinya memberikan komitmen dan kerjasama padu bagi menjayakan majlis ini.