Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, November 29, 2012

Family Day Trip



02 November 2012 menjadi hari yang amat manis untuk dikenang oleh seluruh warga SKUM yang mengikuti percutian  ke Kota Kinabalu .Jadual padat 2 hari 1 malam memberikan pengalaman yang amat berguna sekaligus meninggalkan kesan disanubari para peserta.Rombongan SKUM telah melawat ATM LOK KAWI,PETROSAINS dan UMS.Terima kasih kepada yang memberikan 'sponsor' dan sokongan serta kerjasama yang amat padu sehingga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.Tidak lupa kepada pentadbir sekolah yang amat prihatin dan menyokong program ini.

Wednesday, November 21, 2012

SLAID KONVO SKUM 2012


Sunday, May 22, 2011

PEMAIN SEPAK TAKRAW SKUM


Tahun 2011dan 2012 merupakan tahun kecemerlangan sukan sepak takraw sk Ulu Merapok lawas.Pada tahun 2011 tiga orang pelajar telah terpilih mewakili Sarawak dalam pertandingan sepak takraw peringkat kebangsaan di Terangganu setelah menjuarai sepak takraw bawah 12 tahun negeri Sarawak 2011.Pada tahun 2012 dua orang pelajar telah terpilih mewakili negeri sarawak dalam pertandingan sepak takraw kebangsaan di Melaka

Saturday, November 27, 2010

Salam Perpisahan SKUM

SKUM merakamkan penghargaan dan tahniah kepada pelajar Tahun 2012 kerana telah berjaya menamatkan zaman persekolahan  selama enam tahun di SKUM.Dengan perpisahan ini,bermakna kalian akan menempuh alam remaja yang lebih mencabar.Tahniah! Tahniah semuanya.... lulus atau gagal cuma penanda aras.Anda telah berjaya mengharungi alam sekolah rendah..... anda gagal bukan bererti gagal selamanya....... kegagalan merupakan suatu pengalaman yg berharga untuk anda terus maju ke hadapan......yang penting hidup mesti diteruskan.......

Sunday, May 30, 2010

Hari Guru 2010


GB memotong kek Hari Guru sebagai tanda merasmikan majlis sambutan Hari Guru 2010


Antara persembahan menarik pada Hari Guru 2010 ialah Dikir Barat oleh gabungan pelajar Kedayan,Tagal dan Lun Bawang.Calinya bila mereka berbahasa Kelantan.


Ikrar Hari Guru diketuai oleh Cikgu Siflin

Ucapan aluan oleh Guru Besar,Tn Hj Sahadan Awg Saman sempena sambutan Hari Guru 2010 yang sederhana tapi meriah.

Monday, March 22, 2010

Berita Guru dan Staff


Cikgu Maznah Zulkifly berpindah semula dari Kuala Lumpur  ke SKUM bermula januari 20121.
En Sahrin  berpindah ke  kawasan Dalat; Syabas kerana isteri beliau bertugas di kawasan tersebut.
Jasa beliau amat kami hargai.Semoga terus berjaya dan bahagia selalu hendaknya. Kenang kami dalam doa kalian.

En.Ayuradimen telah berpindah ke SK LG. SUKANG kerana perkhidmatan beliau lebih diperluklan disekoah tersebut.Tahniah dan teruskan khidmat cemerlang anda.


Sejarah Tercipta Memacu Kecemerlangan SKUM



Adik Mohd Fauzan & Adik Ayu Syazwani menjadi wira dan serikandi SKUM.Nama dan jasa dua orang pelajar ini akan terpahat kukuh dalam sejarah penubuhan SKUM ekoran kecemerlangan mereka dalam UPSR (5A) sekaligus mengharumkan nama SKUM ke persada kejayaan.Semua warga SKUM amat bangga dengan kalian berdua.Bersyukurlah kerana kalian berdua cemerlang bukan hanya akademik bahkan akhlak dan kokurikulum.Semua orang senang sekali untuk berkawan dengan kalian berdua.Kalian membuktikan bahawa walaupun hanya bersekolah disekolah yang biasa,yang digelar sekolah ulu namun masih semua ini tidak menjadi halangan untuk kalian melakukan yang luar biasa.Doa kami agar kalian berdua akan terus 'maintain' dan belajar bersungguh-sungguh untuk membela umat ini dan berjaya dunia akhirat.Selamat Berusaha dan Selamat Berjaya.

Tuesday, March 16, 2010

Hari Uniform



Mulai tahun 2010 SKUM mengarahkan para pelajar agar memakai pakaian mengikut unit uniform masing-masing pada setiap hari Rabu.Satu pembaharuan yang tampak bagus walaupun sekolah-sekolah lain lebih awal melaksanakannya.Murid-murid kelihatan segan dan gagap dengan suasana baru ini namun diyakini ianya akan normal setelah beberapa lama masa berlalu.TQ pada PK koko yang bertungkus lumus merealisasikan pemakaian unit uniform di SKUM.

Bola Jaring & Bola Sepak


Jurulatih & para pemain bola jaring senyum habis setelah berjaya merangkul juara pertandingan bola jaring sekaligus menjadi wakil daerah Lawas ke pertandingan peringkat bahagian Limbang.

Wajah-wajah manis serikandi SKUM 2010 bergambar kenangan dengan pingat emas masing-masing.Syabas & tahniah.

Pada tarikh yang sama berlangsung pertandingan bola sepak peringkat daerah,namun pasukan SKUM nampaknya kurang berjaya,sekadar memberikan saingan yang sengit sahaja.Walau apa pun usaha kalian amat dihargai.Moga tahun depan kita akan kembali menjadi jagoan.


Selamat Pengatin Baru Mac 2010



Tahniah Cikgu Siflin yang akan mengakhiri zaman bujangnya dengan seorang guru dari Mukah,Sarawak pada cuti bulan 3.Terimalah cenderahati ikhlas daripada kami semua.Moga bahagia dan beroleh redha Allah sentiasa dan err....jangan lupa untuk datang sekolah lagi yea cikgu....