Potensi pelajar cemerlang dikesan guru
KOTA BHARU 14 Mac – Di sebalik kejayaan cemerlang Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, yang mendapat keputusan 20A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terdapat seorang guru yang bertanggungjawab menyelia pelajar tersebut sepenuhnya.
Guru Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Mohd. Razali Konok, memang mempunyai kelebihan apabila beliau mampu menghidu potensi setiap pelajar cemerlang.
Selain melonjakkan pencapaian Nik Nur Madihah dalam SPM 2008, beliau juga bertanggungjawab mendidik sehingga berjaya dua pelajar cemerlang SPM peringkat kebangsaan sebelum ini, Nur Hafilah Musa dan Siti Fatimah Mukhtar dari sekolah sama.
Nur Hafilah mencatatkan keputusan 10 1A pada SPM 1996 manakala Siti Fatimah mencatatkan 18A pada 2006.
Menurut Mohd. Razali, setiap pelajar yang dikesan berpotensi untuk berjaya dengan cemerlang akan diberi tumpuan dan digilap sebaik mungkin bagi menempuh peperiksaan tersebut.
Maklumat lanjut baca sini
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm
Monday, March 16, 2009
Pengiktirafan Untuk Guru
Posted by
SK Ulu Merapok
at
9:48 AM
0
comments
Friday, March 13, 2009
Tahniah Adik Nik Nor Madihah 19A1 1A2
Sayu tapi bangga dengan adik Nor Madihah
Prestasi SPM membanggakan.
Oleh HELMI MOHD. FOADutusanputrajaya@utusan.com.my
NIK Nur Madihah yang memperoleh 19 1A dan 1 2A dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan bersama bapanya, Nik Mohd. Kamal Husin dan ibu, Mariani Omar.
PUTRAJAYA 12 Mac – Seramai 10,080 daripada 442,936 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 di seluruh negara berjaya memperoleh kelulusan 10 A atau lebih dalam mata pelajaran yang diambil.
Sebanyak 1,676 calon atau 0.43 peratus pula berjaya mendapat gred 1A dalam semua mata pelajaran yang diambil dengan seorang calon berjaya mencatat 16 1A, 15 1A (dua orang) dan 14 1A (enam orang).
Maklumat lanjut sila baca Utusan Malaysia.
Posted by
SK Ulu Merapok
at
10:02 AM
0
comments
Wednesday, March 11, 2009
Coretan Perlawanan Persahabatan Takraw & Bola Jaring

Peluang dan ruang pertemuan ini bukan semata-mata untuk perlawanan persahabatan tetapi berfungsi sebagai medium untuk bertukar-tukar idea,pandangan serta mengeratkan tali silaturrahim.
Apabila perlawanan dilangsungkan,banyaklah insiden-insiden lucu dapat disaksikan.Masing-masing sebenarnya sudah lama tidak bermain Takraw dan Bola Jaring.Semuanya 'enjoy' dan puas hati.Keputusan perlawanan:
- Bola Jaring: SKM menang bergaya ke atas SKUM (SKUM kena berlatih banyak-banyak yea)
- Takraw: SKUM & SKM seri,sama-sama hebat.
Kepada semua yang terlibat menjayakan perlawanan persahabatan ini,kami ucapkan tahniah,syabas dan terima kasih.Jumpa lagi di SKUM untuk perlawanan yang lebih mencabar...
Posted by
SK Ulu Merapok
at
7:38 PM
0
comments
Tema Perayaan Hari Guru 2009
Tema hari guru yang dipilih untuk Perayaan Hari Guru 2009 ialah:
" Guru Pembina Negara Bangsa "
Namun kesemua pernyataan ini tidak pernah sekali-kali membuatkan kalangan guru mendabik dada kesombongan lalu hanyut bersama perubahan zaman.Kalangan guru tetap utuh melaksanakan amanah rakyat untuk mendidik anak bangsa ke mercu kecemerlangan insan yang mampu memberikan sumbangan buat ummah.
Jikalau diteropong melihat tema-tema hari guru menunjukkan hasrat,falsafah dan penghayatan insan yang bernama guru semata-mata untuk menzahirkan generasi yang bijak dan lebih besar sebagai insan yang memberikan manafaat untuk masyarakat,bangsa,negara, agama & dunia.
Tema-tema Hari Guru yang terdahulu:
- 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
- 2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
- 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
- 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
- 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
- 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
- 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
- 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
- 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
- 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
- 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
- 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
- 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
- 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
- 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
- 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
- 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
- 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
- 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
- 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
- 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
- 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
- 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
- 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
- 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
- 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
- 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
- 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
- 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
- 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
- 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
- 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
- 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
- 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
- 1975 Guru dan Pembangunan Negara
- 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
- 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
- 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
Posted by
SK Ulu Merapok
at
9:30 AM
0
comments
Mesyuarat PIBG 2009 & KWAMP
Wajah-wajah ceria warga guru SKUM....semua lawa & kacak
Ucapan YDP PIBG & Taklimat Guru Besar SKUM
Para Ibubapa memberikan kerjasama yang mantap.
Guru Besar menggunakan peluang pertemuan ini untuk menyampaikan beberapa perkara penting antaranya:
- Perancangan strategik SKUM bagi tahun 2009
- Sasaran pencapaian UPSR 2009 yang memerlukan kerjasama padu ibubapa.
- Prosedur permohonan & kelulusan wang KWAMP oleh pihak yang berkaitan
- Peranan yang sepatutnya dimainkan oleh PIBG SKUM
YDP PIBG turut menasihatkan para ibubapa agar sentiasa berhubung dan membina hubungan yang mesra dengan warga guru.Ini bertujuan supaya sebarang masalah yang timbul atau salah faham yang mungkin ada boleh diselesaikan dengan cara yang betul.
Ucapan terima kasih dan tahniah kepada seluruh pimpinan PIBG dan semua yang terlibat menjayakan mesyuarat bagi tahun ini.Selesai sahaja mesyuarat,para guru menyampaikan wang bantuan KWAMP kepada para pelajar yang layak.Para ibubapa bersyukur dengan sejumlah wang yang diterima serta berazam untuk menggunakannya khusus kepada kesempurnaan pembelajaran anak-anak mereka.
Posted by
SK Ulu Merapok
at
8:00 AM
0
comments
Monday, March 9, 2009
Pengumuman Untuk Guru & Staff SKUM

Jemputan perlawanan Silaturrahim antara SKUM & SKM antara lain sebagai medium untuk bertukar-tukar idea dan pandangan di dalam pelbagi isu.TQ for all.
Tarikh:11 Mac 2009
Jam :2.30 pm
Hari :Rabu
Game :Bola Tampar (Lelaki)
:Bola Jaring (Perempuan)
Posted by
SK Ulu Merapok
at
9:29 AM
0
comments
Saturday, March 7, 2009
Rombongan Guru SKUM Ke Kota kinabalu




Yayasan Sarawak memilih SKUM untuk melaksanakan kelas tambahan yang dikenali sebagai HIPERS yang bertujuan untuk memperkasakan murid yang berpotensi.Kelas ini melibatkan murid tahap 2 dilaksanakan pada sebelah malam pada tiap-tiap malam.Alhamdulillah berkat usahasama ini pada tahun lepas UPSR SKUM cemerlang.
Perjalanan ke KK dimulai tepat jam 7.30 a.m.Misi ini melibatkan 8 orang guru HIPERS.4 lelaki dan 4 perempuan.Tapi jangan salah sangka pulak........ sebab misi ini disertai juga 2 pasangan suami isteri,bukan semuanya bujang.Di KK kami jumpa lagi dengan GB,PK1 dan PK II.Apa lagi... kami pun dapat minum free lah.TQ PK I.
Banyaklah insiden-insiden yang lucu apabila kami beramai-ramai ke KK.Rasanya banyak ketawa daripada bercakap sebab kita ada ramai "Raja Lawak".Nanti lain kali kami merancang untuk bersama lagi dalam misi yang berlainan.Bagus juga kalau kita semua warga SKUM dapat menganjurkan Hari Keluarga di KK suatu masa nanti.
Misi ini kami tamatkan jam 10.30 pm.TQ Allah sebab kami selamat pergi & selamat pula sampai. Jumpa lagi dalam misi yang akan datang.
Posted by
SK Ulu Merapok
at
6:15 AM
0
comments
Friday, March 6, 2009
Laporan Kolaborasi Panitia Sains Sem.1/2009


- Pelaksanaan aktiviti kuiz Sains melibatkan murid tahap 2 antara SKUM & SK Merapok.
- Penggiliran pusat aktiviti panitia Sains antara 2 buah sekolah.
- Perkongsian aktiviti tahunan panitia Sains.
- Peningkatan hubungan @ komunikasi antara 2 buah sekolah yang berjiran.
Rakaman ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat.
Posted by
SK Ulu Merapok
at
10:29 PM
0
comments
Laporan Perlawanan Bola Baling Persahabatan
Matlamat utama perlawanan ini adalah sebagai pendedahan awal pemain bola baling kedua-dua buah sekolah terhadap perlawanan sebenar disamping sebagai latihan bersama.Memperbaiki dimana terdapat kelemahan agar para pemain tampil sebagai pasukan yang digeruni diperingkat daerah.Rakaman tahniah dan syabas kepada pasukan bola baling lelaki dan perempuan yang berjaya menewaskan pasukan lawan,namun usaha memantapkan permainan terus dikekalkan. Akhirnya ucapan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat.
Posted by
SK Ulu Merapok
at
9:15 PM
0
comments
Wednesday, March 4, 2009
PEMBERITAHUAN UNTUK SEMUA

Tarikh: 7 Nov.2011
Masa :7.00 aM
Tempat:Masjid Kampung Sasa
Posted by
SK Ulu Merapok
at
7:46 PM
0
comments
Tuesday, March 3, 2009
Kelas Pra SKUM 2009
Buat masa sekarang kelas PRA terpaksa menggunakan kelas tahun 3 memandangkan tiada lagi premis atau ruang bangunan yang sesuai untuk menempatkan kelas PRA.Manakala kelas tahun 3 pula menggunakan dewan makan B sebagai kelas sementara mereka.Mehnah-mehnah sebegini tidak menjadi kudis atau masalah yang besar kepada para pentadbir dan guru untuk menjalankan tugas rutin mereka.Sesi pengajaran berjalan seperti biasa.Insya Allah permaslahan ini adalah bersifat sementara.
Posted by
SK Ulu Merapok
at
9:00 PM
0
comments
Perhimpunan Sekolah Awal Mac 2009

Posted by
SK Ulu Merapok
at
7:12 AM
0
comments