Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, November 6, 2008

Festival Pemilihan Bola Baling Peringkat Sekolah


Hari Jumaat bersamaan 6 November 2008,secara rasminya diadakan Festival Pemilihan Bola Baling Peringkat Sekolah.Sebanyak 7 pasukan puteri dan 6 pasukan putera berentap dengan penuh semangat kesukanan untuk merebut piala Guru Besar serta hadiah iringan yang disediakan.Setiap pasukan terdiri daripada 6 orang yang merangkumi murid tahun 4,5 dan6.3 hari sebelum itu pertandingan mengikut sistem liga dilangsungkan untuk memilih pasukan ke separuh akhir dan akhir.

Tepat jam 7.20 am pertandingan dimulakan dalam keadaan cuaca yang baik.Perlawanan separuh akhir dan akhir sangat sengit.Masing-masing bermain dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan pasukan mereka menang.Nampak jelas bakat-bakat hebat yang dimiliki oleh sebahagian daripada mereka walaupun sekolah ini berada dipedalaman.Untuk rekod sejak 4 tahun yang lalu SK Ulu Merapok sentiasa merangkul kedudukan 3 teratas baik pasukan lelaki mahupun perempuan. kecemerlangan dan budaya ini akan terus disuburkan untuk masa-masa yang mendatang.


Cikgu Ariffin memeriahkan suasana apabila beliau tampil menjadi pengulas sukan yang mirip dengan Hj Hasbullah Awang.Gamat dan riuh rendah jadinya.Keputusan pertandingan akan diumumkan pada minggu yang berikut serentak dengan majlis penyampaian hadiah.

Para guru dan staff pula kemudiannya dijemput untuk bermain bola tampar sebagai selingan dan hiburan para murid.Banyaklah gelagat yang lucu dan menggelikan hati dapat ditonton oleh murid.Ini menambahkan lagi suasana ceria warga SK Ulu Merapok.Festival ini diakhiri dengan jamuan ringan untuk para guru dan staff manakala para murid pula menikmati jamuan di asrama.

0 comments: